Sunday, April 10, 2011

LOST WORLD OF TAMBUN

Keesokkannya, kami ke LOST WORLD OF TAMBUN. Sila layari laman web http://www.sunway.com.my/lostworldoftambun/ untuk maklumat lanjut. Hihi hihi. Niat hati nak try adventure packages; Gua Datok Eco-tour dan 6th Mile Tunnel Cave Exploration. Tapi, bila terjeling ke arah qega (harga) erm terus tak jadi lah. tiada bajet la pulak kan. Setakat bajet entrance boleh la lagi. next time saja lah ok ura. Huhuhu…




















 
Kesimpulannya, weekend yang full of joy walaupun kaki terluka sikit gara-gara disagat oleh dinding tambun. Hehe. tapi tarak hal lah. Gua tough la wei~ hehe adios! ^__^

Saturday, April 9, 2011

IPOH Mali!

Pagi pagi buta, celik celik mata terus aku berbackpack ok. Bawak la sehelai dua pakaian luaran dan dalaman sekali. Hehe kali ni kami ke IPOH..ipoh mali..ipoh ipoh mali…ewah-ewah riang ria sungguh.

Check point pertama ialah di stesen LRT Universiti. Berbaju kebaya nyonya, berwedges yang agak tinggi, terpaksa aku berjalan laju. Tonggek ka apa ka aku belasah ja. Teman-teman yang lain dah sampai. Isk macam mana gua boleh lambat ni? memang la, dah pagi tu jugak nak packing, pagi tu jugakla nak iron baju. Last minit last minit. Isk! Oh haa sesampai di stesen, terus tuju ke KL sentral. Berbekalkan coupon free MC’D kami apa lagi, melantak la dulu. Memang budget timing perfect, sudah makan terus menuju ke ETS(train laju ke IPOH Cuma RM30). Boarding pukul 8.30am. hehehe niat hati nak tidoq la. Perjalanan 2 jam kot. so boring! Dalam train pulak, ada la tv. Dah tu cartoon tom & jerry ja. Terhibur jugak la pada mulanya. Herher. Tapi bila rasa eh ni dah tengok dah ni pun dah. Dok ulang-ulang. Be wau re nge! Boring! Haha. so aku decide tuk dengar lagu dalam handphone saja lah. And of course it is time to dream! Haha bagi sesiapa yang tak tahu, berangan aku ni boleh buat drama..berepisod-episod. Chaiyok jeda chaiyok! *tetiba
coupon banyak dapat la burger banyak. hehe

dapat coach depannnn sekali

hi ini membe saya, syahura!

layan bluessss~
 Di IPOH, kak yong menjemput kami. Dan terussss memacu laju ke rumah si tuan Puteri anis. Hari ini hari bersejarah beliau mengikat tali hidung eh tali pertunangan (apa hang ingat lembu nak ikat kat idung???) hoho. Mestilah dengan tunangannya si Aliff Akmal. Semoga selamat menempuh alam ikat-mengikat ni. orang cakap, orang la cakap bukan aku k, ;p orang cakap banyak ranjau yang perlu ditempuhi. kita tengok gambar-gambaran pulak na! ^__^
the hantarans

meet kak yong!

meet mak andam. eh cik andam. hehe

put after make-up

ramai bebenor ha jemputan smpi kena bersila ok.

us

still rock bebeh!!!

comelness

sibuk susun hantaran

pose sat

selamat bertunang

she and the 23 hantarans. byk kot!

kak akma cuba melakukan sesuatu diluar tabii. hak3

si pencuri milo

ni la bakal mak metua dia...xoxo

ni la bakal husband dia...love love!
Malam tu, uncle Azmil sangat-sangat baik hati menghantar 5 biji durian ke homestay yang kami duduk. Dah telah, kami semua pakat mengidam lebih-lebih lagi si Diana. Nak duren, duren, duren. Ha nah! amik hang makan la puas-puas. Tapi aku takla makan banyak sangat sebab takut demam pulak. cewah tak banyak la konon. Haha! oh gambar tidak dibenarkan upload kerana tersangat la seksa untuk dilihat oleh budak dibawah umor ya. Maklumla kat umah kannnn. Hahaha of course la stok tak cukup kain. Eh ya ka? Agagagagaga

Friday, April 1, 2011

AL-FATIHAH

Location aku masa pakcik call, ialah di LHDN Kampung Attap. Nak stamp duty permanent letter. eh dah permanent la! Yeayyyy! (lompat tinggi-tinggi) hari yang ditunggu-tunggu kan kawan-kawan. Bersyukur sangat. walaupun lambat, tapi dengan kesabaran, akhirnya HR mendengar kot rintihan dan tentetan kami untuk permanent. Cewah bukan main ayat. ^__^

Ok, pakcik call habaq pasai makngah. Aku dah macam sentap jugak tapi sedapkan hati takdak apa aih insyaALLAH..lepas tu pakcik call lagi cakap makngah dah tiada…innalillah..di pagi jumaat dikau pergi…moga ditempatkan di tempat orang beriman…amin.

Aku dengan sepantas kilat, balik office hantar dokumen-dokumen. Lepastu terus gerak ke KL Sentral mencari tiket flight MAS dan AA. Full la pulak. Pastu cam takdak cara len, kami (aku dan pakcik) amik tiket ETS (keretapi yang laju tu) ke IPOH..sampai sana cari bas…bas pun dah petang…so tak sempat juga.. jenazah dikebumikan lepas solat asar..aku ralat..kalau ikutkan sampai sekarang aku macam tak sangka makngah dah pergi untuk selama-lamanya.. AL-FATIHAH

Wednesday, March 30, 2011

Kelantanese? eh bukan-bukan I am Kedahan lah. wee wee~

Kepak kepak kebum kebum kepak kepak kebum kebum...
Mesti dah boleh agak kan bunyi apa tu? “Kompang di palu…pengantin baru!” Ewah menyanyi pulak aku. Hehe one of my babes dah selamat diijabkabulkan. Yippie! Happy for you dear nek mali! Eh NEK PUAN MALI! Hahaha bole? ^__^

Bertolak pada hari khamis lagi. Walaupun jumaat tu terlupa apply as annual leave, tapi aku still apply as EL (emergency leave). Sapa tak paham tak tau nak cakap apa dah la kan. ok, boss aku sorang ja tak paham apa tu EL. Uhuk2. Mana tak nya, aku dah sms cakap aku EL, tapi still tanya kat mana? Tak attend meeting? Dah nama pun EL so apa jadah meeting or discussion memang tak la aku nak attend kan. kan. kan. ok la salah aku jugak tak cakap dia awal. Eh sat kalau aku cakap awal, tu bukan namanya EL kan. haha! Sian jugak bila dia terkelam kabut sorang2 kat meeting tu…huhuhu…

Trip ke kota bharu ada tiga trip ok, eh empat! Termasuk la ketibaan saudara boipren si jiji. eh tak ada lima trip termasuk trip si nila dan rockstar! Oh ari jumaat tu takda menda sangat nak buat selain, sediakan door gift untuk para tetamu. Gam reben, gam thank you tag, letak gula-gula, susun dalam bakul. Tapi menda paling mencabar ialah melukis inai di tangan si mali ni. terketar-ketar ok tapi Alhamdulillah cantik juga kan. ok la ngaku la bukannya melukis sendiri, aku cuma lukis balik ja inai tu dah pudar. Agagaga. Bertuah la hang mali, boleh pakai-pakai inai sampai ke siku pun, aku ni tak dapat la nak buat camtu, mau jadi beruk nanti tergaru sana-sini. Uuuuu uuuu T.T

Plan nak gerak awal la sabtu pagi tu, niat hati tak mahu lepaskan peluang menonton mak andam conteng-conteng muka mali. Tapi sekali terlambat la pulak. Mana taknya dengan nak breakfast lagi pastu dengan kunci rumah tetiba hilang. Aiyayaya! Oh ha, kami semua stay kat apartment mara. Ayah mali sponsor. Terima kasih uncle Tahir! ^__^ tak sempat tengok make up pun tarak hal la. Janji tak lepas time akad. So kami direct terus shoot ke masjid. Mak oiii! Nerveous ok, cam nak kawen beramai-ramai. Haha! Ok tak masuk, tapi aku still nerveous la macam aku yang nak nikah dengan malia ni. ahaha ok tak masuk lagi. Selesai sudah upacara berakad, sekarang upacara kiss-kiss pula. Kiss sikit-sikit saja, kat masjid kan. haha oh lupa nak habaq, photographer upahan si mali dari photoaura, so kelakar la. Memang havoc wa cakap lu. kat masjid pun boleh tergelak sakan. kahkahkah! ^__^
yeay! berjaya sampai dulu sebelum pengantin

oh so cantekness!

kiss from peja. hik3
Kenduri. Makan, snap pic tonggek sana sini,tolong malia tukar baju bersanding and gaun. Yang penting event meriah gitu. Dan hang so the beautiful la ane! Eh mali! Huhu bila dah tak tahu nak buat apa, aku ni dengan tidak semena-mena termengantuk la pulak. Ter eh ter. Ibarat ada seekor lembu di atas kelopak mata. Berat berat berat. ;p
penyepit terjun, mima!
penyepit lelaki, aizad!

time ni pun aku sebok makan. lalala~
rombongan mak kiah. eh mak piah! haha

amboi3 posing. hehehe
Malamnya pulak, kami ke chim chum steamboat. Setelah direkemenkan oleh  si alep. Terima kasih la noks! Mak suka, dah la murah, sedap pulak tu. Berbaloi-baloi. After melantak terus la balik ke apartment. Ada join ada yang sekali lagi ke apa ntah nama tempatnya ‘wakaf che meh’. Idok ler aku nak pi lagi kan semalam dah soping baju kelawar untuk housmate aku. huhu.

berjaya sampai dengan gps pia. hihi
apek and jiji
kamil and pia
rockstar and nel
mima and aizad
meet my partner, wadah! yang tertidoq pulak. cis~ haha
Esok sebelum balik, kami ke pasar siti Khadijah. Ya ka? Ntah tak hengat jugak. Haha! Tapi yang aku hengat si mima memula nak beli baju kelawar, sekali terbeli kain sutera. Nak dijadikan cerita bukan mima sorang ja, aku pun tetiba ja macam kena rasuk. Mak aih serious tempat tu sangatla berhantu. Haha mula-mula punya la tamau beli apa, sekali...Isk3. (geleng-geleng) eh jangan salahkan aku pulak, salahkan orang kedai tu, depa yang buat aku lemah tenaga batin ni. agagagaga ;p 

Lepas tu, gerak balik ke airport. Itu saja. Tapi yang penting ucapan tuk video hang mali, sepeseeennnn ja kami semua sebab menda lain tak terucapan. Balik-balik selamat pengantin baru, selamat pengantin baru. Huahuahua